Saturday 24 May 2014

Alam kejuruteraan

As salam dan salam sejahtera…

Bidang kejuruteraan?? kejuruteraan adalah disiplin, seni, skill, kerjaya dan teknologi yang menggunakan saintifik, matematik, ekonomi, sosial dan ilmu amali bagi merekabentuk dan membina stuktur, mesin, peralatan, sistem, bahan dan proses. Kejuruteraan merangkumi pelbagai aspek kegunaan harian kita dari kasut yg kita pakai, rumah yg kita diami, televisyen yg kita tonton, telefon yg kita guna, kereta yg kita naiki, jalanraya dan jambatan yang kita lalui dan bermacam2 lagi dlm kehidupan kita.


 Mestilah agak memeningkan...tetapi apakan daya sekali kita melangkah apa kate kite teruskan sahaja sebab di dalam kehidupan tiada istilah Ctrl+Z.. Mengikut pengalaman sendiri, dulu sewaktu di bangku sekolah menengah sememangnya bercita2 untuk menjadi seorang engineer. Selepas tamat SPM saya terus melanjutkan pelajaran di Politeknik Shah Alam di dalam bidang kejuruteraan. Sebenarnya saya sendiri tertanya2 adakah saya memilih bdang yang betul??kerana saat itu saya juga mendapat banyak tawaran dari IPTA tetapi bidang yang berlainan dengan citarasa saya Salah satu tawaran yang agak men’konpius’kan saya ialah bidang Fesyen di UITM.. 

Banyak penasihat2 yang  turut membantu saya dalam membuat pilihan.  Dengan rendah diri saya telah membuat keputusan memliih untuk melibatkan diri dalam bidang kejuruteraan selari dengan cita2 saya. 3tahun saya di dalam bidang tersebut untuk  mendapat sekeping sijil Diploma. Baru saya sedar, perjalanan saya dalam masa 1 tahun pertama sangat memenatkan.. Mulalah rasa penyelasan bila belajar susah2 sikit kan..  Sejak dari itu saya sentiasa bercakap pd diri sy sendiri, saya xnk dah teruskan dalam bidang kejuruteraan selepas tamat pembelajaran ini.. sy mendapat tekanan yg sgt besar pd semester terakhir…semua design kena buat, spesifikasi kena betul, nk pakai recruitment yg mana n mcm2 lg lah yg tersirat, tersurat, tersembunyi yg perlu belajar. Terdetik dalam hati “itu lah, dulu suka sangat nak bidang ni, sekarang ambik rasa sendiri”. Walaupun saya rasa ini bukan minat saya lagi, sy teruskan jua untuk mendapat cemerlang dalam pembelajaran. Sy selalu ingat pesan mak “walaupun xsuka cuba telan, mcm ubat jg..kalau telan sikit2 nanti elok la tu”. Alhamdullilah pencapaian saya memuaskan dan mendapat anugerah Dekan dari tahun pertama hingga tahun terakhir. Mungkin berkat doa kedua ibu bapa saya dan rezeki drpd Allah S.W.T..Terima kasih Allah.

Lumrah kehidupan seorang pelajar apabila tamat pengajian ialah TANAM ANGGUR. Sy menuai anggur saya yg xmasak2 buahnya di Johor Bahru, rumah kakak sy. Tanpa diduga selama 2minggu saya menganggur, sy mendapat tawaran kerja dengan sebuah syarikat consultant sebagai technical assistant civil&structure di Kuala Terengganu.  Pada pertengahan Mei 2012 saya melaporkan diri di syarikat berkenaan. Pada mulanya sy mmg berfikir berpuluh2 kali untuk menerima tawaran tersebut kerna sy serik melibatkan diri dalam bidang kejuruteraan lagi. Tetapi apabila memikirkan peluang yang ada dan rezeki yang diberikan saya teruskan jua perjalanan ini walaupun dengan perasaan yg bercampur baur.. semua ada..takut + nerbes + risau + xreti semua dlam satu adunan. Risau jika sy tdk mampu memberi komitmen yg baik dalam urusan kerja.

Setelah hampir 6 bulan berkhidmat di syarikat tersebut barulah sy kenal dengan lebih dekat bidang kejuruteraan yang sebenarnya. Saya semakin berjinak2 dalam bidang ini bila dh ‘terer’ sikit omputih kate..heheh.. ade masanya smpai mennagis sbb kena marah, kena tengking…kdg2 rasa nk berhenti kje pn ade time kena marah…tp x ape…learning process..lama2 dh ok sbb engineer2 kt ini baik2…xjemu bg tunjuk ajar xkira la mereka dr department lain. Nilai yg ada pd diri mereka tu tinggi dan professional.  Xpandai xape, boleh belajar..asalkan disiplin tinggi.

Pejam celik pejam celik dah setahun lebih saya bekerja dlam bidang tersebut dan telah jatuh cinta kali kedua dalam bidang tersebut. Banyak saya belajar dari mereka2 yg pakar. Dengan berbesar hati saya telah membuat satu keputusan yg agak mendadak dan mengejutkan staff2 termasuk bos syarikat tersebut apabila sy memberi sekeping surat cinta perletakan jawatan. Mesti pelik kan, ckp cinta tp behenti plak?? Sbb cinta la sy buat keputusan ini…keputusan untuk menyambung belajar ke peringkat seterusnya di dalam bidang yg sama.. Alhamdullilah keputusan sy diterima dengan positif, namun ad jg segelintir individu yg melarang sy melepaskan jawatan yg tersedia disandang. Tetapi untuk jangka masa yg panjang lebih baik sy meneruskan pengajian sy untuk ke peringkat seterusnya untuk merealisasikan cita2 sy yg dulu terkubur sebentar. Bermula MEI 2012-Aug2013 sy berkhidmat sebagai Technical Assistant Civil&Structure dan mula melanjutkan pengajian pd SEPT2013. InsyaAllah, sy akan cuba yg terbaik dan dapat megembirakan kedua2 org tua sy yg sy cintai.


Sekarang Alhamdullilah perjalanan pembelajaran sy masih lancar seperti biasa walaupun ade sedikit sebanyak dugaan yg perlu hadapi… nak Berjaya bukan senang..
##semoga dipermudahkan segalanya...Aminn..

No comments:

Post a Comment